Thursday, August 11, 2011

No ‘Fish and Chips’ on Saturdays??? (02:65-66)


“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, “Jadilah kamu kera yang hina”.  Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.”

Ayat 65 Surah al-Baqarah adalah satu “concise summary” tentang apa yang menimpa golongan yang melanggar perintahnya.  Langgar hukum yang Allah tetapkan di hari Sabtu, jadi kera yang hina.  Cerita sebaliknya, dalam Surah Al-A’raf, ayat 163.  Cerita ini dihuraikan secara lanjut dalam Tafsir Ibnu Katsir, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.

Once upon a time, di sebuah kota yang bernama Ailah, penduduknya diperintahkan Allah supaya tidak menangkap ikan atau makan ikan pada hari Sabtu.  Itupun sebab dia orang yang nak memuliakan hari Sabtu.  Asalnya, Allah turunkan perintah untuk memuliakan hari Jumaat, macam kita hari ni.  Tapi mereka memilih untuk menghormati hari Sabtu.  Maka Allah menguji mereka dengan mengharamkan banyak perkara yang dihalalkan, pada hari Sabtu.  Antaranya cerita ikan…tak boleh tangkap ikan dan makan ikan di hari Sabtu.  So, no Fish and Chips, no Siakap Sweet Sour, no Kerapu Tiga Rasa, no Asam Pedas Tenggiri, no Bawal Emas Kukus setiap hari Sabtu. 

Iklan sekejap, teringat saya pada peraturan pelik di England, (era polisi ekonomi Merkantilis) suatu waktu dulu.  Pada zaman tu, mereka sibuk memperkasakan ketenteraan untuk tujuan penaklukan.  Medan latihannya adalah sektor perikanan.  Jadi nelayan dulu, tak mabuk laut, bijak ilmu pelayaran, kemudian baru jadi “navy”.  Nak ambil banyak nelayan, justifikasinya, kena ada pasaran untuk ikan.  Maka, polisi yang dilaksanakan, dalam seminggu, ada beberapa hari (tak pasti pulak saya hari apa, Sabtu masuk sekali ke tak?) rakyat England tak boleh makan daging.  Makan ikan saja yang dibenarkan.  Nak tak nak, orang kena beli ikan jugak untuk makan.  Bijak jugak dia orang menyelaraskan polisi-polisikan…taklah jadi kelam kabut dengan ikan berlambak, tak ada permintaan.  Harga ikan rendah, nelayan dah tak boleh cari makan.  Tapi saya tak tahu macam mana dia orang memastikan semua rakyat mematuhi polisi ni…tak kan nak pergi periksa dapur orang pulak tengok masak apa.

Balik kepada cerita dari al-Quran, perancangan Allah tu indah berseni.  Walaupun nampak mudah…hari lain makanlah ikan, hari Sabtu aja pun yang tak boleh makan. Namun, bagaimana Allah jadikan larangan ini sebagai satu ujian untuk penduduk Aikah.  Hari Sabtu yang tak boleh tangkap ikan ni ajalah ikan berenang-renang di tepian pantai.  Macam nak menunjuk-nunjuk gitu…Hari lain, ikan-ikan ni akur dengan perintah Allah, main jauh-jauh di dasar laut.  Maka, tak dapatlah penduduk Aikah makan ikan sebab kalau ikut Tafsir Ibnu Katsir, bila hari Sabtu berlalu, ikan-ikan lenyap tak berbekas.  Yang kecil pun tak ada.  Yang tersesat-sesat pun tak ada.

Dikatakan, ‘mereka tetap dalam keadaan demikian dalam waktu yang cukup lama’.  Mulanya mereka bersabar, walaupun semakin teringin nak makan ikan.  Lama-kelamaan, salah seorang di antara mereka mula menjalankan tipu muslihat.  Ini ada dua versi.  Yang pertama kata, seorang Aikahan mencuri-curi menangkap ikan pada hari Sabtu.  Kemudian melepaskannya semula ke dalam laut tetapi mengikat ikan tersebut terlebih dulu ke pasak yang dibina di tepi laut.  Ikan tu tak dapatlah nak balik ke dasar laut walaupun dah hari Ahad.  Dengan rasa bijaknya dan perasan kreatif, si Aikahan tadi mengambil ikan tersebut keesokan harinya, dimasak dan dimakan dengan alasan dia bukan mengambil ikan tersebut pada hari Sabtu.  Err…dah rasa bijak lah tu konon.  Lupa ingatan sekejap bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui.  Sekali buat orang lain tak tahu.  Kali kedua, penduduk sekitar pun sedar sebab mereka tercium bau ikan.  Maklumlah semuanya memang mengidam nak makan ikan, bau ikan satu marhalah pun agaknya dapat dikesan.  Mereka pun berguru dengan orang yang perasan kreatif tadi.  Seterusnya, mereka melakukan yang sama tanpa rasa berdosa.  Menurut Ibnu Abbas, mereka hidup dengan dosa ikan ini dalam waktu yang lama.  Allah tidak menyegerakan siksaNya ke atas mereka sampailah mereka menjalankan aktiviti perikanan pada hari Sabtu secara besar-besaran dan menjualnya di pasar terbuka.  Agaknya, buat sikit-sikit, ok jer…tak kena apa-apa.  So, makin lama makin berani buat walaupun Allah kata haram dan berdosa.  Makin lama, makin hilang agaknya rasa takut pada dosa.

Di kalangan mereka, ada segolongan yang enggan melanggar perintah Allah.  Mereka pun terbahagi kepada dua golongan. Satu yang menyeru golongan yang berdosa ini supaya bertakwa kepada Allah, satu lagi yang berpendapat, lantak dia orang la…buat apa nak bagi nasihat pada orang yang akan diazab Allah.  Lebih kurang, azab Allah pun dia orang buat tak ambik kisah, tak heran a.k.a. tak takut, apa lagi setakat nasihat manusia.  Tapi kata golongan penasihat, “nasihatlah….sebagai memohon ampun dari Ilahi Rabbi, juga sekadar satu penzahiran bahawa kita tidak merestui apa yang mereka lakukan, dan manalah tahu mungkin mereka mahu mendengar.”

Kemudian, ketika penduduk Aikah berkumpul, orang yang patuh kepada seruan Allah menyedari ketiadaan golongan yang engkar.  Mereka pun merisik khabar golongan yang engkar…mengapa agaknya sepi tanpa berita.  Pergi ketuk rumah, rumah semuanya berkunci.  Rupanya mereka semua telah bertukar menjadi kera.

Manakala dalam ayat 66, Allah nyatakan episod ini Allah bicarakan sebagai peringatan kepada semua, termasuk kita hari ini.  Dan pelajaran untuk mereka yang bertakwa. Dalam kisah ini, sebahagian penduduk Aikah diazab Allah disebabkan mereka melanggar perintah Allah, dengan tipu daya mereka.  Sedangkan Allah Maha Mengetahui.  Iktibarnya jelas, perkara yang Allah kata tak boleh, maksudnya tak boleh.  Lebih kurang, matlamat tidak menghalalkan cara. 

Macam pesan Rasulullah S.A.W.,(selawat dan salam atas Baginda),
Janganlah kalian lakukan seperti apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi, kerana akibatnya kalian akan menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Allah hanya dengan tipu muslihat yang rendah.”


Lessons of the Day:
1.   Yang jelas dan nyata, kalau Allah kata tak boleh, maksudnya tak boleh.  It is a big big NO. Tak payahlah bersusah payah nak cari jalan atau solusi untuk menghalalkan apa yang Allah dah kata haram, sebab ini bukan kes bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Ini bab susah payah cari penyelesaian masalah, kena azab nanti kemudian.
2.   Kalau tersua dengan perkara yang bertentangan dengan hukum Allah, kena jugak beri teguran, sekurang-kurangnya untuk menunjukkan kita tidak bersekutu (tak geng) dengan apa yang dilakukan.  Dari zaman dulu lagi menegur yang mungkar ni susah nak dilakukan.  Sebaliknya pun, kena bersikap terbuka menerima teguran pihak lain khususnya kalau teguran berlandaskan quran dan sunnah.  Sebab, menegur satu kewajipan dan menerima teguran dengan positif boleh mengarahkan kepada kebaikan.



Tuesday, August 9, 2011

FB Friends vs Sahabat



Semalam dua rakan FB berkongsikan mutiara kata Saidina Ali bin Abi Talib di status mereka, sehari sebelum tu ada seorang rakan pun berkongsikan status yang sama, (depa guna Bahasa Orang Putih la tapinya…),
A friend is not a true friend unless he protects his brother in three situations: in his misfortune, in his absense, and at his death.” - Ali Bin Abi Talib

Manakala yang versi satu lagi,
“A friend cannot be considered as friends until he is tested in three occasions; in time of need, behind your back and until after your death." by Ali bin Abi Talib R.A

Lebih kurang dalam bahasa ibunda saya,
“Seseorang insan belum layak digelar sahabat sehinggalah diuji terhadap sahabatnya dalam tiga keadaan, sewaktu sahabatnya memerlukan, sewaktu ketiadaan sahabatnya dan selepas kematian sahabatnya.”

Teringat pulak saya dengan satu entry di blog seorang rakan hubby, almadaniah.blogspot.com. (http://suraualmadaniah.blogspot.com/), Perginya Seorang Sahabat.  Hubby dah ceritakan sebelum ni berita pemergian seorang jamaah surau yang memang terkenal dengan amal jariahnya. Cuma penulis mengabadikan satu coretan penuh makna istimewa untuk seorang sahabatnya yang telah terlebih dahulu dijemput menemui Ilahi Rabbi, dua hari sebelum Ramadhan menjelang.

Penulis memulakan dengan keindahan akhlak arwah,
“Dia lah yang mula memberi salam tiap kali berjumpa. Setiap kali apabila berjabat tangan tak lupa dia bertanya khabar di selit dengan doa' apa khabar orang kaya?'. Begitu lah dia dengan sahabat-sahabat setiap kali berjumpa.Banyak kali sebelum bersolat beliau mengeluarkan botol kecil wangian untuk di kongsi bersama. Beliau yang berasal dari Bruas Perak hidup sederhana, banyak harta beliau infak kan kebanyakkannya untuk surau dan masjid di Msia dan juga India.”,

diakhiri dengan ayat,
“sesungguhnya arwah semasa hayatnya merupakan seorang yang baik.”

Dan penulis juga mendoakan, “kembalilah dia…semoga sebagai roh jiwa yang tenang.”  Amin.

Teringat saya pada kenalan yang telah mendahului saya.  Entah kenapa yang muncul di benak saya adalah arwah Munirah Zakaria.  Seorang insan yang baik, bicaranya menghiburkan, tingkah lakunya menyenangkan.  Apa yang sangat saya ingat tentang arwah, arwah menangis sebab tak sempat menunaikan sembahyang Asar, sebab tersangkut dalam kesesakan jalan raya.  Semoga tenang dia di sana, dikurniakan rahmat Ilahi Rabbi.  Amin.

Apapun, tingginya darjat seorang “sahabat”.  Setakat main klik accept friend request kat FB ternyata tak cukup.  Nak capai martabat “sahabat” – ada 3 kriteria yang mesti dipenuhi:
·         mesti sanggup membantu saat memerlukan.  Teringat cerita salah seorang sahabat Rasulullah yang mengumpulkan belanja perkahwinan, kemudiannya meminang seorang gadis dengan ditemani seorang rakan.  Pinangannya ditolak tetapi mendapat tahu yang keluarga si gadis lebih menyenangi rakannya.  Sayangnya, rakannya tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan mahar.  Dengan rela hati, pemuda tadi menyerahkan semua harta yang dikumpulkan kepada rakannya untuk dijadikan mahar perkahwinan si rakan dengan gadis idamannya.  Masya Allah….betapa hebatnya pengorbanan pemuda tu (kalau tak salah saya, Salman al-Farisi), untuk seorang rakan. 
·        Reaksi di belakang kawan – sebab antara sifat sahabat mesti mempertahankan kawan kalau kawan dihina sewaktu ketiadaannya.  Bukan menokok tambah supaya lagi rancak cerita.  Mesti tutup aib kawan apa lagi di belakangnya. 
·         Selepas kematian – menziarahi dan mengiringi jenazahnya, mendoakannya dan berkata yang baik-baik sahaja.

Jelasnya, yang mana kawan yang mana lawan, dan yang mana antara beratus atau beribu friends kat FB tu yang layak bergelar sahabat, kena lepas mati. 

Yang lebih penting, kena cuba untuk jadi “sahabat” kepada seberapa banyak orang lain di sekeliling.  Cuba untuk bantu setakat yang mampu, bila orang minta tolong.  Bak tulisan sepupu saya di blognya, Amjad, pesan ibu, “Buat baik kat orang, kalau orang mintak tolong, tolong selagi mampu k?” .......

Friday, August 5, 2011

(02: 49-61):“Allah Bagi yang Terbaik, Nak yang Buruk?”

Hari ni hari ulangtahun kelahiran hubby yang ke 37.  Salam Hari Lahir Abang.  Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi Rabbi.  Amin. 

Alhamdulillah, bulan puasa ni sebab sampai pejabat awal, sempatlah saya menjenguk sebaris dua bicara Ilahi Rabbi, menyambung pembacaan semalam.  Kisah Bani Israil yang kufur nikmat.  Allah dah bagi yang terbaik, nak pulak yang kurang baik.  Dan dah Allah limpahkan dengan nikmat dunia yang melimpah ruah, boleh lagi menentang perintah Allah.

Kisah yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini berlaku pada umat Nabi Musa, setelah Allah selamatkan mereka daripada kezaliman Firaun.  Ini adalah golongan yang mengikuti Nabi Allah Musa menyeberangi laut yang kemudiannya menelan Firaun dan kuncu-kuncunya.  Allah takdirkan pula kejadian ini berlaku di hadapan mata kepala mereka sendiri.  First-hand experience.  Bukan main dengar cerita mulut orang aja.  Wajiblah menginsafi keagungan Allah dan mensyukuri nikmatNya.

Seterusnya, ketika ditinggalkan oleh Nabi Musa selama 40 hari, mereka memilih untuk menyembah lembu (nauzubillah).  Nabi Allah Musa memerintahkan mereka supaya bertaubat dengan membunuh diri.  Lalu yang tidak menyembah anak lembu, membunuh yang menyembah anak lembu.  Menurut Ibnu Abbas, yang terbunuh berjumlah 70 000 orang.  Pun Allah ampunkan mereka, walaupun dosa yang dilakukan adalah menyekutukan Allah, satu dosa yang teramat besar di sisiNya.  Dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman, Allah akan ampunkan segala dosa hambaNya yang memohon keampunan, selagi hamba tersebut tidak melakukan dosa menyekutukan Allah.  Besarnya rahmat Allah ke atas umat Nabi Musa ni.

Selanjutnya, mereka mensyaratkan pulak untuk melihat Allah sebelum beriman dengan ajaran Nabi Musa A.S.  Allah matikan mereka dengan panahan halilintar tetapi kemudiannya dihidupkan kembali supaya mereka bersyukur.  Ini kes mati hidup semula.  Mana nak dapat kan…tapi inilah antara nikmat Allah kepada Bani Israil.  Betapa penyayangnya Allah…

Lagi, Allah ceritakan seterusnya bagaimana Allah mengisi permintaan mereka yang tak pernah selesai.  Mereka bertanya kepada Nabi Allah Musa bagaimanakah mereka dapat hidup tanpa makanan?  Lalu Allah turunkan kepada mereka manna.  Apa dia manna ni?  Panjang lebar penjelasan dalam Tafsir Ibnu Katsir.  Manna adalah rahmat Allah, Allah turunkan manna kepada mereka sepertimana turunnya salju, makanan yang tersedia untuk dimakan (bukan fast food lagi dah). Warnanya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada masu. Ada ulama yang kata, madu yang kita rasa hari ni cuma 1/70 daripada enaknya manna.  Jika dimakan dengan sendirinya, menjadi makanan atau manisan.  Kalau dicampur dengan air, ia menjadi minuman yang amat enak.  Wallahualam.  Tak mampu nak bayangkan…yang pastinya mesti sangat sedap.  ABC kalau guna air gula Melaka pun dah cukup enak kan…

Setiap orang hanya boleh mengambil setakat keperluannya sebab manna akan busuk jika disimpan, kecuali pada hari Jumaat.  Sebab hari Sabtu merupakan hari kelepasan am mereka, jadi hari Jumaat, mereka boleh mengambil manna untuk bekalan selama dua hari.  Subhana Allah…..indahnya aturan Allah Yang Maha Mengetahui.

Dah dapat manna, nak pulak daging, lalu Allah berfirman kepada Nabi Musa, “Aku benar-benar akan memberi mereka makan daging yang paling sedikit terdapat di atas dunia.”  Tengok, keistimewaan yang Allah peruntukkan kepada mereka.  Lalu Allah turunkan kepada mereka salwa.  Dikatakan, salwa mirip burung samani yang biasa mereka makan.  Apa dia burung samani?  Tak tau.  Tapi dijelaskan salwa adalah burung yang kelak ada di syurga, besarnya lebih kurang sama atau lebih besar daripada burung pipit.  Alamak, saya tak berapa kenal la burung pipit tu macam mana.  Apapun, macam jugak manna, salwa pun tak boleh disimpan.  Hanya boleh diambil setakat keperluan sehari kecuali pada hari Jumaat.

Dah cukup?  Tak…dia orang mintak lagi.  “Mana minumannya?”  Ketika itu, Allah memerintahkan Musa A.S. untuk memukul batu besar dengan tongkatnya.  Terpancarlah dua belas mata air untuk mereka minum.  Setiap puak mempunyai mata airnya sendiri.  Allah hu Akbar….

Lagi?  Dah dapat manna, salwa, air, nak apa lagi?  Tanya lagi, “Mana perlindungan (naungannya)?”  Pun, Allah Maha Mengasihani, Maha Memberi, Maha Pemurah dan Maha Penyayang.  Allah perintahkan awan untuk menaungi mereka dari panas padang pasir.  Menurut Ibnu Abas, awan tersebut lebih menyejukkan dan lebih semerbak daripada awan biasa. 

Agak-agaknya cukup tak?  Keperluan asas manusia kan ada 3: makanan, pakaian dan perlindungan.  Agaknya berasaskan konsep ini, mereka pun meminta lagi, “Mana pakaiannya?”  Menurut tafsir, Allah kurniakan mereka pakaian yang anti koyak dan anti kotor.  Wah…makan pakai semua tersedia.

Allah pun perintahkan kepada mereka supaya memasuki Baitul Maqdis dengan bersujud dan sentiasa memohon keampunan Allah, tetapi mereka enggan.  Dalam ayat lain, Allah ceritakan mereka masuk secara mengesot dan mengucapkan ucapan lain, bukan memohon keampunan sebagaimana diperintahkan.  Lalu, Allah menyifatkan mereka sebagai zalim kerana mempermainkan suruhan Allah. Kezaliman mereka menyebabkan Allah menimpakan mereka dengan siksaan dari langit, ada yang mengatakan siksaan itu berbentuk murka Allah, ada yang mentafsirkan sebagai kedinginan yang membekukan dan ada pula yang mentafsirkan sebagai penyakit taun.  Wallahualam.  Yang pasti, mereka ditimpa bala disebabkan kezaliman mereka sendiri.

Seterusnya, Allah ceritakan lagi bagaimana mereka mengkufuri nikmat Ilahi Rabbi.  Dah Allah turunkan manna dan salwa, makanan terbaik untuk mereka nikmati, boleh komplen pulak bosan dan tak boleh bersabar dengan dua makanan itu sahaja.  Konon-konon nak variety la ni….macam kita hari ni.  Merungut dan mengeluh dengan makanan ready made yang turun dari langit.  Nak yang tumbuh dari bumi – sayur, timun, bawang putih, kacang dan bawang merah.  Kata Hassan al-Basri pula, mereka tidak mampu bersabar dengan makanan baru, yang lebih baik sebab inginkan makanan kebiasaan mereka. 

Dengan segala rungutan dan komplen, Nabi Allah Musa pun berkata, “kamu mahu menukar sesuatu yang lebih baik dengan sesuatu yang lebih buruk?”  Nak sangat, pergilah ke kota dan kamu akan dapat apa yang kamu kehendaki.  Bagaimanapun, disebabkan kekufuran dan keengkaran mereka, Allah berfirman, “Lalu mereka ditimpa kehinaan dan kemiskinan serta mendapat kemurkaan Allah.”

Lessons of the Day:
1.   Bila baca ayat ni, rasa macam sebijik kena atas batang hidung.  Banyaknya nikmat dunia yang Allah kurniakan.  Tak terhitung.  Lagi nak mintak dan mintak nikmat dunia yang dah pastinya tak kekal lama.  Contoh paling mudah, bila buka puasa.  Juadah kat atas meja lengkap dengan air, kurma, buah, nasi dan lauk-pauk, sayur lengkap dengan pencuci mulut lagi…kalau orang putih kata macam full course dinner.  Appetizer, main course, dessert.  Lepas tu siap ada coffee lagi.  Pun kadang-kadang, bunyi lagi mulut, “kalau ada…..lagi, mesti sedap kan.”  Duhai diri, kena selalu ingatkan diri dengan cerita Bani Israil ni.
2.   Terkesan sangat saya dengan tempelak Nabi Musa A.S. kepada kaumnya, “kamu mahu menukar sesuatu yang lebih baik dengan sesuatu yang lebih buruk?”  Justifikasi mereka, mereka rindukan makanan kebiasaan mereka.  Agaknya macam orang Melayu jugak, sebulan kat Mekah, rindunya ikan bakar, sambal belacan, nasi goreng kampong, pulut kuning.  Padahal makanan kat sana pun apa kurangnya, ha, Nasi Lahm Mandi, Roti Nan dan Gulai Kambing…fuh.  Tapi dengan alasan tekak Melayu, kena ada belacan la, itu lah, ini lah…Hakikatnya, mereka tak tahu mungkin, makanan yang diturunkan untuk mereka dari langit tu jauh lebih baik, lebih manis dari madu.  Daging salwa yang paling sedikit terdapat di dunia.  Bukan semua orang dapat rasa.  Yang bawang, kacang dan sayur tu sampai hari ni kita pun merasa.

Dah pasti konsep yang sama juga benar untuk perkara lain yang lebih besar dan berat dalam hidup.  Duhai diri, elakkan daripada memohon untuk menukarkan sesuatu yang baik yang telah Allah kurniakan, dengan sesuatu yang lebih buruk.  Teringat pada ayat Allah yang lebih kurang bermaksud, kadang-kadang kamu inginkan sesuatu padahal ia buruk untuk kamu, kadang-kadang kamu bencikan sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu.  Yang pasti, sebab Allah Maha Mengetahui segalanya, apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik cuma kadang-kadang sebagai manusia, kita tak nampak dan tak mampu nak memahami apa dan kat mana hikmahnya atau indahnya.  Sebab tu orang yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi Rabbi sebab yakin aturan Allah adalah yang terbaik.  Wallahualam.

“Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri dengan sendiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku memohon pertolonganMu, janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku.”

Thursday, August 4, 2011

02: 45-46

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.  Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

Projek pembacaan tafsir baru sampai ke ayat ini.  Alhamdulillah, tapi perlu ada tingkatkan lagi usaha memahami kitab Allah ni.  Nak harap masa terluang memang sukar, “perasan sibuk” (pinjam frasa student saya, Zai).  Sibuk dengan urusan dunia yang dah tentunya tak akan habis.  Untuk diri saya, urusan nak membaca untuk pengetahuan ni memang kena ada keazaman, keinginan barulah akan cari dan cuba untuk luangkan waktu.  Kalau tak, memang tak akan sempat.

Apapun, saya terkesan dengan huraian ayat di atas, mengikut Tafsir Ibnu Katsir.  Syarah dimulakan dengan menghuraikan makna “sabar”.  Menurut sesetengah ulama’ sabar ertinya “puasa” sebab Rasulullah kata, puasa adalah separuh dari kesabaran. Macam kena aja dengan bulan Ramadhan ni. 

Said Ibnu Jubair pula menyatakan sabar adalah manifestasi kepasrahan seorang hamba kepada Tuhannya bahawa segala musibah adalah dari Allah, dengan mengharapkan redhaNya dan pahala yang ada di sisiNya.  Adakalanya timbul keluhan, tetapi ia tetap redha dan tidak terlihat darinya melainkan sabar belaka.

Manakala kata Saidina Umar, terdapat dua jenis sabar, dan keduanya berbeza nilaiannya.  Sabar dalam menghadapi musibah dan bersabar dalam konteks ini adalah sesuatu yang amat baik tetapi yang lebih baik adalah sabar dalam menahan diri daripada melakukan segala yang dimurkai Allah, termasuk mengumpat dan bergosip.  Bukan senang…….

Untuk saya, kefahaman saya terhadap “sabar” tu, terbatas terhadap sabar menghadapi kerenah manusia.  Sabar adalah satu elemen kemanusiaan yang amat saya kagumi, atau “admire” kata orang putih.  Saya memang tabik spring dengan insan-insan yang Allah kurniakan sifat sabar dalam menghadapi segalanya.  Sebab saya memang tak ada sifat sabar ni.  Rupanya maksud sabar lebih tinggi dan luas daripada tu, iaitu sabar terhadap musibah dan sabar mengelakkan segala yang Allah larang.  Bila ingat bab sabar ni, saya ingat pesan seorang rakan sekerja sewaktu saya nak ke Mekah dulu, “Roza, kat sana nanti, sabar aja…kena banyak-banyak sabar.”  Betullah…kat sana, semuanya menuntut kesabaran. 

Dan Allah kata, solatlah sebab solat adalah pembantu paling bermakna dalam memperteguhkan diri menghadapi segalanya.  Dalam firman yang lain (Al-Ankabut:45), Allah kata, solat akan mencegah perbuatan keji dan mungkar.  Sebab sabar ertinya menahan diri dari kemungkaran, maka solat dapat membantu mencegah kemungkaran.  Konsisten sekali didikan minda dan jiwa dalam al-quran.

Selanjutnya, Ibnu Katsir menyelitkan beberapa episod dari amalan Baginda Rasulullah S.A.W. (kalau dalam konteks pemikiran kritikal, dinamakan types of evidence), yang menunjukkan betapa Baginda Rasulullah menjadikan solat sebagai solusi setiap kali ditimpa ujian.  Antaranya, ketika Perang Ahzab, Baginda solat.  Demikian juga ketika Perang Badar, Saidina Ali menceritakan semua orang tidur pada waktu malam, kecuali Baginda Rasul yang solat sehingga subuh.

Yang mengesankan saya adalah nasihat Baginda Rasul kepada Abu Hurairah.  Ketika melihat Abu Hurairah sedang tidur meniarap, Baginda pun bertanya sama ada Abu Hurairah sakit perut.  Lalu Abu Hurairah mengiakan.  Maka kata Baginda Rasul, “Berdirilah dan solatlah kerana sesungguhnya solat itu adalah penawar.”

Saya bila sakit perut sebab angin selalunya, tidur dan mengeluh.  Tak pernah teringat nak solat….rupanya Nabi Allah ajarkan, kalau sakit perut, bangun dan solat.  Waktu sakit pun tak nak ingat Allah lagi, macamana?  Mampu tak saya buat ni?  Tak apa, macam kata Prof Muhaya, kalau terbaca atau terdengar apa-apa tentang pengetahuan baru ertinya Allah nak kita tahu ilmu tu.  So, dah tahu, kenalah berazam untuk cuba amalkan, insya Allah.  Semoga Allah kurniakan kekuatan.  Amin.

Yang Empat

Minggu ni, minggu pertama Ramadhan.  Alhamdulillah, masih berpeluang menikmati Ramadhan setakat ini.  Hari Isnin lepas, hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13.  Alhamdulillah, pun satu nikmat dari Ilahi Rabbi yang amat saya syukuri.  Insya Allah, Jumaat ni, hari ulangtahun hubby yang ke 37.  Hii…saya muda sikit dari dia.  Nak bagi hadiah apa ya?  Untuk orang lelaki susah nak cari hadiah.  Sara kata, buat kek jer la Mummy.

Meingatkan berada di bulan Ramadhan ni, teringat kisah para sahabat Rasulullah, bulan Ramadhan, kalau terserempak pun, masing-masing tunduk untuk elakkan dari berkata-kata.  Takut berkata yang sia-sia.  Nak optimakan waktu dengan zikir sebanyak yang mampu, menggunakan segenap masa yang ada.  Bila renung balik, saya rasa hidup saya masa Ramadhan masih macam hari-hari biasa.  Yang berbeza cuma balik awal dari pejabat sebab nak sediakan juadah berbuka. 

Padahal, sebelum puasa, saya tersua dengan pesan Baginda Rasul (dari buku Di Sebalik Ketajaman Mata Hati), perbanyakkan 4 perkara dalam bulan Ramadhan: zikir tauhid kepada Allah (kalimah tauhid pun merupakan kalimah yang paling Allah suka…), banyakkan istighfar memohon keampunan sebab Allah kata bulan Ramadhan adalah bulan keampunan, banyakkan memohon agar dikurniakan rahmat syurga Allah dan banyakkan memohon perlindungan Allah dari nerakaNya, tempat kembali yang amat buruk.  Lagipun, orang yang berpuasa adalah antara mereka yang doanya makbul, insya Allah.

Duhai diri, kenapalah agaknya, dah mintak nak perbaiki Ramadhan, Allah dah pertemukan dengan hadis Baginda Rasulullah.  Yang mudah diamalkan, zikir tauhid, istighfar dan doa mohon syurga, dan berlindung dari Jahannam.  Pun masih tak mampu amal….Ini belum lagi amalan lain.  Semoga Allah kurniakan saya rahmatNya untuk mengerjakan empat amalan yang afdal menurut pesan Baginda Rasul dalam bulan Ramadhan ni.  Amin.