Monday, February 28, 2011

Love Astigmatisme


Along,
Kak Long faham situasi Along.  Bila kita sayangkan seseorang, segala yang dia buat betul semua.  Kita tak nampak apa salahnya dengan dia.  Yang salah pun macam betul aja….hihi, pakai cermin mata pun tak boleh nak tolong nampakkan yang sebenarnya.  Mata hati saja yang boleh nampak dan mata hati tu pulak dah jadi rabun sikit dengan “cinta”…..Love Astigmatisme.  Tinggi pulak tu indeksnya.  Jadi, nak baiki balik mata hati pun kena guna high-indeks punya kanta la…lagi tinggi power kanta, lagi mahal harganya.  Macam cermin mata Kak Long, dah la kena special order…kena tunggu lama pulak tu, orang lain buat sehari siap, cermin mata Kak Long paling cepat seminggu.  Sebab power tinggi sangat, kata optometris tu, orang tak simpan stok la..kena order khas.  Dah tu, mahal pulak….abang Ezuan garu kepala bila Kak Long kena buat cermin mata baru.
Ini pendapat peribadi Kak Long.  Pada Kak Long, kalau orang tu betul-betul sayangkan kita, dia akan sanggup berada dengan kita walau dalam situasi apa pun.  Macam nasyid isteri solehah, silap kita dia betulkan, kita lupa dia mengingatkan.  Memang ya, ada gaduh-gaduh.  Ada merajuk-rajuk.  Sikit-sikit atau pun banyak-banyak.  Tapi takkan dia sanggup break-up.  Takkan sampai sanggup lepaskan dengan sukarela, kalau betul sayang.  Ini baru zaman cinta-cinta.  Belum lagi alam rumahtangga.  Lagi banyak dugaan, lagi banyak ujian.  Kalau zaman bercinta dah tak boleh bertahan, maybe berpisah adalah jalan yang terbaik.  Kalau dah kahwin kan lagi susah…. Tak payah tengok yang jauh, cuba Along tengok macamana kasihnya ibu Along pada ayah.  Subhana Allah….so, mohon pada Allah diberikan orang yang sayang Along macam ibu sayang ayah.  Teringat pulak pada lagu Alleycats dulu, “aku menyintainya seperti ayah menyinta ibu dan dia mencintaiku seperti kau cintakan ayah….”
Tanda sayang pun bukan dengan kata-kata.  Bukan dengan harta benda.  Tanda sayang ni adalah bila kita akan sentiasa jaga hati orang yang kita sayang, selagi ia tak bertentangan dengan hukum agama, of course.  Kalau kita sayang orang, kita tak nak tengok dia terluka, kita tak nak tengok dia susah, kita tak sanggup tengok dia terbeban dengan masalah, betul tak?  Pada Kak Long, tu lah tanda sayang.  Sentiasa cuba untuk memudahkan, menyenangkan, membantu dan menghiburkan.  Bukan menyusahkan menyukarkan dan menyakitkan, bukan mintak itu ini; harap itu ini.
Kadang-kadang, eloklah Allah bagi petunjuk awal-awal ni.  Kalau dah sampai bertunang lagi susah kan.  Sakit memang sakit, perit semestinya perit sebab Along sayang betul-betul, bukan main-main.  Tapi kalau betul Along sayang dia, lepaskanlah dia.  Dah dia anggap Along tak mampu nak bahagiakan dia…buat apa nak tahan dia lagi.  Jangan paksa diri untuk melupakan sebab kita manusia biasa.  Sampai bila pun Along takkan lupa.  Tapi Along jangan layan perasaan sangat.  Mula-mula memang susah, ambik masa, tapi sabarlah.  Bagi diri Along sedikit masa.  Zikir banyak-banyak.  Hati yang terluka dan disembuhkan melalui zikir kepada Allah tu kan lebih bersih dari hati yang dipenuhi cinta tetapi lalai mengingati Allah.  Memang betul Along kecewa, tapi insya Allah, selepas kecewa tu sembuh, Along akan jadi insan yang lebih kuat dan yakin serta insan yang jauh lebih baik….Along dah mintak maaf dengan dia, cukuplah tu.  Kira 0-0 dah.  Tak payah dah dok buat analisa…salah siapa.  Pergi buat analisa data untuk lab test Along lagi baik kot.
Last but not least, doakan semoga Allah akan berikan yang terbaik untuk Along.  Kalau dia jodoh Along, macam mana pun, dia akan balik kepada Along.  Tapi kalau sebaliknya kena redha dengan hakikat dia lahir bukan untuk Along dan Along pun tercipta bukan untuk dia.   
“Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripada kekuasaan Allah di bumi dan tidak juga di langit, dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong selain dari Allah.”  (Al-Ankabut:22)

Sebab Kita Semua Berbeza


Pagi tadi saya hadiri (terpaksa hadir sebetulnya) taklimat mengisi salah satu daripada borang-borang penting dalam proses memformalkan lagi sistem pendidikan di universiti.   Dah tak ada dah kes pensyarah masuk bercakap apa yang dia nak cakap macam zaman saya belajar dulu.  Sekarang kena ada objektif pembelajaran.  Sebab objektif yang jelas akan membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih terarah dan bermakna…tapi kata seorang Professor, ada you nampak budak-budak jadi makin pandai?  Dah ada objektif kenalah pulak ada penilaian, tercapai ke tak objektifnya.  Maknanya kerja pun makin bertambah.
Tapi pengetahuan implisit yang saya belajar adalah manusia bukan semuanya sama.  Manusia dijadikan berbeza-beza.  Ada yang bijak menulis, tapi tak pandai berhujah.  Ada yang pandai mengira tapi lemah menganalisa.  Ada yang pintar menganalisis tapi tak boleh melakukan pembentangan dengan baik.  Jadi, tugas yang menilai adalah untuk memastikan supaya kaedah penilaian adalah adil.  Peperiksaan akhir adalah satu kaedah penilaian yang “high-stake” tapi bukan satu kaedah yang adil sebab ia cuma menilai kemahiran kognitif. 
Dalam dunia bukan akademik pun sama.  Manusia sesungguhnya dijadikan berbeza-beza.  Setiap satu dianugerahkan dengan kelebihan yang berbeza-beza; juga diuji dengan kelemahan yang tersendiri.  Sebab itu Allah jadikan zakat satu perintah kepada yang kaya; supaya yang miskin tidak terbiar.  Sebab itu Allah janjikan ganjaran yang besar untuk mereka yang bersedekah; supaya yang menerima rahmat dalam bentuk kekayaan melimpah ruah boleh melengkapkan keperluan mereka yang Allah uji dengan kekurangan harta benda untuk kelangsungan hidup di dunia.  Pada bila-bila masa, bukan waktu nak pilihanraya saja.  Malah, fardhu haji Allah hanya wajibkan pada yang berkemampuan – dari segi perbelanjaan dan kesihatan.  Sebab Allah tahu, Dia jadikan manusia berbeza-beza.
Dalam jaringan sosial lain pun demikian.  Cantik sebenarnya apa yang telah Allah aturkan.  Semua manusia dijadikan berbeza untuk saling melengkapi antara satu sama lain, jadi segala keperluan boleh dipenuhi.  Sebab itu ada perkara yang Allah jadikan sebagai fardhu ain dan ada pulak yang hukumnya fardhu kifayah.  Memadai kalau ada sesetengah pihak yang menghafal al-quran dalam sesebuah masyarakat sebab Allah tahu tak semua orang dikurniakan kelebihan menghafaz.  Cukup kalau ada segelintir cendekiawan Islam yang bergelar doktor perubatan sebab bukan semua orang mampu jadi doktor.  Allah boleh buat supaya semua orang sama kan, tapi Allah jadikan manusia lain-lain ragamnya…mestilah ada hikmahnya.
Satu daripadanya, nak menduga manusia.  Di peringkat individu, bila sedar setiap manusia ada cacat celanya, sudah tentu tak akan mencemuh orang lain atau suka mencari-cari kesalahan orang lain.  Sebab sedar diri sendiri pun ada cacat cela, bukan baik sangat, bukan bagus sangat.  Macam kata Allah dalam surah al-Hujurat,ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki  yang lain, kerana harus yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya…………”
Dengan sendirinya, dunia jadi harmoni – semua orang terima orang lain seadanya.  Tak payah gaduh, tak payah mengumpat, tak ada yang sombong dan tak ada yang rasa I am the best: saya aja yang baik, yang betul, orang lain semua salah, semua tak kena.  Sebaliknya, yang kaya akan berkongsi dan yang lemah akan baiki diri.  Semua orang akan cuba hiasi peribadi.  Di peringkat masyarakat, bila kekuatan digabungkan, kekurangan boleh ditutupi sebab keduanya akan saling melengkapi.  Indahnya….kalau semua orang faham hakikat manusia berbeza dan gunakan hakikat tu untuk saling melengkapi.  Bukan sekadar cuba mengejar kebaikan untuk kepentingan diri sendiri.
Lessons of the Day:
1.        Manusia dijadikan Allah tak sama.  Setiap orang ada keunikan tersendiri, lemah atau kurang dari satu segi tetapi hebat dan bijak dalam aspek tertentu.  Saya pun seorang manusia, jadi saya pun macam tu.  Jadi, kena bersyukur dengan anugerah dan kena perbaiki kelemahan yang ada.
2.       Sebab manusia berbeza, kena terima semua manusia yang ditakdirkan hadir dalam dunia kita seadanya.  Pelbagai ragamnya…adakalanya menyenangkan, adakalanya menguji.  Adakalanya menghulurkan bantuan, adakalanya memerlukan bantuan.  Adakalanya menginsafkan, adakalanya melekakan.  Di sinilah peranan ayat-ayat Allah seperti jangan mencemuh orang lain, jangan mengumpat, bersabar bila dilemparkan perkataan yang biadap, meninggalkan majlis yang sia-sia, menyeru kepada kebaikan dan menegah yang mungkar.  Panduan untuk menghadapi manusia yang berbeza-beza ragam dan kerenahnya.  Islam is truly a complete way of life…

Suatu waktu dulu, hubby pernah kata, kalau kita nak puji, kereta buruk pun banyak yang kita boleh puji, boleh syukuri.  Tapi kalau kita nak cari salah, kereta Mercedes baru yang berkilat-kilat pun, nampak tak kena.  Sama jugaklah dengan manusia.  Kalau kita hargai insan yang Allah hadirkan dalam dunia kita, kebaikan sikit pun kita rasa sangat cukup, kita tak harap apa-apa, tak mintak-mintak.  Tapi kalau memang kita suka cari salah orang, didatangkan alim ulama’ dari langit pun tak akan kena...

Saturday, February 26, 2011

Kerana Rambut Mahkota Wanita....



Status FB seorang rakan hari ini, bersangkut paut tentang hijab.  Saya tak komen apa-apa.  Tapi hubby tanya, kenapa tak komen?  Takut manusia tak suka?  Tak takut Allah marah sebab tak bagitau yang benar?  Assignment of the day: cari dalil pasal hijab dan aurat.  Hubby kata tengok dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Ahzab, ayat 59.  Aye aye sir.

Maksud ayat, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.  Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak akan diganggu.”

Kata Ibnu Kathir, suruhan itu untuk seluruh wanita mukmin, khususnya isteri dan anak perempuan Baginda Rasul sebab kemuliaan mereka.  Arahan mengenakan jilbab ini adalah untuk membezakan wanita mukmin dengan yang wanita lain; juga yang telah baligh dengan yang masih kanak-kanak.

Apa dia Jilbab ni?  Ibnu Mas’ud jelaskan sebagai kain penutup yang lebih besar daripada kerudung.  Al-Jauhari menerangkan sebagai pakaian yang menutupi seluruh tubuh.

Seterusnya dalam Surah An-Nur, Allah jelaskan lagi tentang cara berpakaian untuk wanita yang beriman.  

”...dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dari mereka.  Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga ke dada mereka,.......”

Kata kebanyakan ulama’,  antaranya al Hassan al Bashri, Ibrahim an-Nakhai, Abdullan bin Abas ”yang biasa nampak” merujuk kepada, wajah, kedua telapak tangan dan cincinnya.  Manakala perhiasan yang tidak boleh dinampakkan adalah anting-anting, gelang tangan, gelang kaki dan kalung.

Manakala arahan melabuhkan tudung sehingga ke dada ditafsirkan ulama’ sebagai kain yang digunakan untuk menutupi kepala hendaklah dilabuhkan ke dada sehingga tidak terlihat leher dan dada.

Gabungan kedua ayat ini menjelaskan pakaian wanita Muslim mestilah menutupi daripada kepala sehingga tubuh kecuali dua tapak tangan dan muka.  Manakala cincin adalah satu-satunya perhiasan yang boleh diperlihatkan. 

Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Maha Mengetahui kelemahan hambaNya menyediakan petunjuk untuk melengkapi tatacara berpakaian wanita Muslim menerusi hadis RasulNya. 

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah baligh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali tapak tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

 Hadis pertama menerangkan batasan aurat yang perlu dipelihara wanita, iaitu seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan wajah.  Malah, ia perlu ditutup secara sempurna, kain yang tipis tidak mencukupi.  Manakala hadis kedua menjelaskan kewajipan memelihara rambut daripada pandangan lelaki ajnabi; menerusi balasan yang Allah janjikan kepada mereka yang enggan.  Betul kan Islam satu cara hidup yang sempurna.  Cara berpakaian wanita pun dijelaskan secara terperinci.

Saya pernah terbaca tentang satu kajian yang dilakukan ke atas banduan di Amerika Syarikat.  Kesalahan mereka adalah merogol.  Soalan kajian: faktor pemilihan mangsa rogol.  Faktor paling dominan: pilihan berasaskan rambut mangsa rogol.  Masya Allah...betullah rambut mahkota wanita.  Sebab tu Allah suruh pelihara daripada pandangan lelaki ajnabi.  Satu, ianya keistimewaan yang dikhususkan untuk suami dan mahram sahaja.  Kedua, perogol pun akui rambutlah tarikan utama untuk merogol mangsa.  Lagilah logik rambut tu Allah jadikan aurat yang wajib dipelihara.  Pesanan untuk diri, Allah kan Maha Mengetahui...jadi, kalau dah Allah suruh, buat ajalah.  Lagipun, Allah bagi pahala, bukan percuma.  Betapa penyayang dan pengasihnya Allah.

Suatu waktu dulu, saya pernah ditanya oleh seorang Professor terkemuka dari luar negara, kenapa saya mengenakan tudung.  Saya pun cakap sebab saya Muslim dan ini suruhan Allah ke atas wanita Muslim.  Professor tu tak puas hati sebab, dia kata  wanita-wanita ternama negara tak pakai tudung pun...dan mereka ni wanita Muslim jugak, dia pun sebutkan contohnya, isteri Perdana Menteri, permaisuri Agung (waktu tu) dan Gabenor Bank Negara.  Kata Professor tu, malah dia orang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan - kalau pergi US, dia orang pakai skirt.  Jadi, tanya Professor tu, kalau saya pergi US, saya akan kekal pakai tudung atau saya nak pakai skirt? Dia siap cakap dengan saya, wanita-wanita tu wanita utama negara, dan Malaysia sebuah negara Islam.  Jadi pada dia, tentulah mereka adalah wanita Muslim yang baik dan patut menjadi teladan wanita Muslim lain. Dia orang tak pakai pun tudung, yang saya pakai, apa hal?

Friday, February 25, 2011

Tarikh Tutup Muktamad. Segala Rayuan Tidak Akan Dilayan.



Semalam, dikejutkan dengan berita kematian suami cikgu saya.   Innalililah…..semoga Allah limpahkan rahmat dan anugerah jannahNya kepada arwah.  Amin.
Berita kematian macam ni membuat saya teringat macam mana arwah ayah dulu pergi secara tiba-tiba.  Balik jogging, sakit dada dalam masa sejam, ayah dah tak ada.  Ayah baru 40 tahun masa tu.    Teringatkepada rakan sekerja suami, meninggal dalam kemalangan jalanraya.  Tak melibatkan kenderaan lain.  Kereta yang dipandu suaminya tiba-tiba terpusing ke tepi jalan, langgar pokok.  Tak ada luka, tak ada cedera.  Dan ada rakan sekerja suami yang pergi outstation, kemudiannya dijumpai mati dalam bilik hotel.  Usia pun awal 30an.
Bila teringat semua ni, baru la teringat balik sebenarnya hidup ni untuk mati.  Pembetulan: hidup adalah untuk menyembah Allah sebelum deadline.  Tak ada yang pasti dalam hidup; yang pasti cuma mati.  Lebih menakutkan jemputan pulang menghadap Allah ni  tertakluk kepada penentuan Allah semata-mata.  Tak ada proses rundingan, tarikh dan waktu ni, ok ke tak.  Boleh ke tak.  Sesuai ke tak.  Sedia atau belum.  Tarikh tutup adalah muktamad.  Sebarang rayuan tak akan dilayan.  Sebab Allah yang mencipta dan menguasai kita.  Suka hati Allahlah bila Dia nak panggil kita balik.  Izrail sedia dan setia berkhidmat.  Tak lalai walau satu saat.  Jadi, 40 hari sebelum waktunya, Izrail dah ikut kita ke mana kita pergi.  Bila datang aja detik yang ditetapkan, terus jer Izrail tarik nyawa….tak sesaat pun terawal, tak sesaat pun terlambat.  Tak ada serahan notis sebulan sebelum atau seminggu sebelum…10 minit sebelum untuk satu waktu solat atau satu sessi taubat pun tak ada.  Cuma dalam masa 40 hari tu, Izrail dah tengok rutin hidup harian….solat ke tak, jaga makan ke tak, rasuah ke tak, mengumpat ke tak, mencemuh orang ke tak, mata, telinga, mulut jaga ke tak.  Supaya senang nanti Izrail nak handle proses mencabut nyawa…patut lembut dan berhemah atau main rentap ajalah.
Sewajarnya, kena banyak-banyak mengingati mati.  Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.,
“Perbanyakkan mengingatkan sesuatu yang menghilangkan segala macam kelazatan (kematian)”.  –Riwayat Tarmidzi.
Rasionalnya, bila ingat mati dan percaya dengan yakin akan dibangunkan semula dalam kubur dan akan dibangkitkan semula di akhirat; untuk dihitung segala amal; baru ada keinsafan nak ikut suruhan Allah dan Rasulullah.  Bila teringat macamana cerita kat dalam kubur, baru teringat KPI alam barzakh.  Bila percaya cerita syurga neraka, baru fikirkan KPI akhirat.
Sebab tu Rasulullah bersabda,
“Secerdik-cerdik manusia adalah yang banyak ingatannya kepada kematian serta banyak persiapanyya untuk menghadapi kematian itu.  Mereka inilah orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat.”  (Riwayat Ibnu Majah)
Imam al-Ghazali kata dalam Ihya Ulumiddin, cara nak ingat mati adalah banyakkan mengenang mereka yang telah pun mati.  Renungkan pengakhiran mereka dan kediaman kekal mereka kini.  Pemerhatian seperti tu mungkin berupaya menginsafkan diri untuk membuat persiapan yang sebaiknya….Sentiasa Sedia.  Juga meleburkan kecintaan pada dunia yang fana sebab kematian akan menjadi pemutus segalanya.  Lebih baik focus kepada  mengejar nikmat yang tidak akan terputus dengan kematian.

Lessons of the Day:
1.        Oh, macam nak demam rasa bila fikir mati ni.  Bila la agaknya Allah nak panggil balik?  Tak siapa pun tahu dan tak ada methodologi yang boleh berikan anggaran…sipi-sipi pun tak ada.  Cuma Imam al-Ghazali kata kematian adalah benda yang paling dekat dengan kamu.  Bila-bila pun boleh.  Kena sentiasa sedia….
2.       Rasulullah pesan supaya selalu ingat mati.  Ingatan pada kematian boleh menimbulkan keinsafan untuk cintakan akhirat lebih daripada dunia.  Ingatan boleh mati bila-bila masa sudah tentu boleh menimbulkan rasa nak menyegerakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan. 
3.       Orang yang cerdik…yang ingat mati dan membuat persiapan secukupnya.  Jadi, ke alam barzakh dengan kemuliaan dunia akhirat.  Bukan yang ada sijil berderet-deret atau deretan A penuh atas sijil….
Moral of the Story:
1.        Nak mati tak tau bila.  Pesan untuk diri sendiri dan anak-anak tercinta, kena segerakan amalan kebaikan.  Segera solat bila masuk waktu sebab tak tau sempat ke tak solat kalau dilengahkan.  Sentiasa cuba elakkan untuk buat dosa sesama manusia sebab takut tak sempat mintak maaf.  Isi segala masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat sahaja sebab takut tak ada masa lagi nak buat amal.
2.       Saya rasa terlalu lemah, hina dan kerdil.  Macam ada perbezaan yang sangat besar antara “tahu” dan “insaf”.  Sebab saya tahu saya boleh mati bila-bila.  Pengalaman di depan mata, melihat ayah pergi pada usia yang muda dalam keadaan sihat walafiat seharusnys cukup untuk menyedarkan.  Tapi tak…saya masih lalai dan leka.  Saya masih tak sentiasa sedia.  Kena berubah segera.  Semoga Allah berikan saya kekuatan yang diperlukan untuk melakukan segala perubahan yang perlu agar diri bersedia diziarah Izrail untuk memenuhi jemputan pulang ke tempat kekal.
Al-fatihah untuk arwah ayah yang dah pun 20 tahun meninggalkan kami.  Semoga ayah tenang dan damai di barzakh.  Amin.  Saya masih ingat, sessi usrah dalam our family usrah (dua hari sebelum ayah pergi), ayah bacakan tentang “Tanggungjawab Anak Kepada IbuBapa Yang Dah Meninggal Dunia”.  Allah beri ayah peluang untuk sampaikan pesanan terakhir yang amat bermakna buat kami sekeluarga.  Ayah, terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan, kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan yang dilakukan untuk kami semua.  Walaupun masa bersama Ayah terhad sekali, tapi ilmu dan bimbingan Ayah kekal menemani diri dan mendasari hidup sebab ilmu yang ayah tarbiyahkan adalah al-quran dan sunnah.

Thursday, February 24, 2011

Makan Kerepek Rasa Pizza vs Makan Pizza Rasa Kerepek

Kak Long tak berapa tahu apa yang sebenarnya Along lalui.  Cuma luahan rasa di laman FB, juga catatan peribadi di blog memberikan bayangan Along sedang melalui episod sukar dalam kehidupan seorang anak muda. Apalagi kalau bukan sindrom yang bernama cinta.  Bahasa saintifiknya, L.O.V.E. – Loving Someone Very Emotionally.  (Along, I don’t know whether this is another episode of lakonan macam dulu).  Cuma sindrom ni banyak simptomnya.  Tiap simptom akan memberikan kesan yang berbeza-beza dan preskripsinya pun tak sama.
Simptom 1:  Makan kerepek ubikayu rasa macam pizza.  Tidur tak lena sebab asyik ingat si dia.  Blog penuh dengan coretan jiwang yang indah-indah.  Status FB happy dan ceria.
Analisis:  Dilamun cinta.  Bahagia habis. Masa ni, rasa ingin mengasihi lebih dari dikasihi, ingin menyayangi lebih dari disayangi dan ingin menghargai lebih dari dihargai, (ni pinjam phrase my student).  You are my everything.
Preskripsi:  Buat la apa pun tak apa, asal ikut landasan Islam.  Sebab masa ni, semuanya baik, semuanya elok.  Semuanya perfect.  Boleh nyanyi “don’t you were ever wish you were someone else..”  Sepatutnya, kena jugak doa-zikir-solat-baca quran.
Simptom 2:  Pun makan tak lalu, tidur tak lena.  Kali ni makan pizza rasa macam telan kerepek ubikayu.  Makan cheesecake pun rasa macam susah nak telan.  Tidur susah nak lena sebab ingat kat dia jugak tapi dengan air mata.  Blog lagi penuh dengan catatan jiwang, yang baca pun boleh tangkap nangis.  Status FB punyalah horror, orang baca pun tumpang takut…
Analisis: Tengah frust lah…biasanya sebab ditinggalkan.  Kalau meninggalkan tak da masalah. 
Preskripsi: Doa – Zikir – Solat – Baca Quran - Sibukkan diri dengan apa yang boleh.
Along,
Kak Long pun pernah muda, pernah lalui apa yang sedang Along lalui.  Hihi…jiwang sikit.  Kasih sayang yang bercambah dalam hati terhadap insan lain adalah satu anugerah.  Dan anugerah tu pasti lebih bermakna bila Allah bukakan hati orang yang kita kasihi untuk membalas kasih kita sekaligus menerima kita seadanya.  Selanjutnya, sudah pasti matlamat mutakhir adalah supaya kasih kita boleh dimeterai dengan ikatan suci yang Allah redhai.
Kadang-kadang, tiba-tiba saja Allah tarik kembali anugerah tu.  Macam biasa, sebagai manusia, anugerah kalau ditarik balik sudah pasti mengecewakan.  Sebab kita menganggap kasih sayang tu satu anugerah, satu yang kita hargai.  Pada orang yang tidak melihat ikatan tu sebagai satu anugerah, dah tentu mereka tak kisah.  Hilang pun hilang lah….satu pergi, seribu mari.  Patah tumbuh, hilang berganti….tunas baru lebih best dari yang patah tuh…Tu kan tanda sama ada kita signifikan atau tak dalam hidupnya.  Kalau dengan suka rela dia lepaskan kita, maknanya kita tak signifikan pun dalam hidup dia.  Ada pun ok, tak ada pun tak pa.  Berbaloi ker sandarkan kasih kepada orang yang anggap kita macam ni?
Apapun, Kak Long taklah pandai sangat.  Tapi sebaiknya kita cuba lihat “penarikan” anugerah tu dalam dua konteks yang mungkin.  Pertama, mungkin Allah tarik anugerah yang sementara tu sebab Allah nak bagi kita anugerah yang lebih baik.  Yalah…Allah kan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.  Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, masa kini dan masa depan. Kita manusia ni short-sighted.  Kita tak tahu segalanya.  Kadang-kadang kita suka dengan sesuatu sangat-sangat, tapi ia amat buruk untuk kita.  Cuma kita tak nampak.  Jadi, untuk dapat yang terbaik, kita kena redha bila Allah tarik balik anugerah yang asal tu. Kata orang sekarang, Allah sembunyikan matahari, sebab Allah nak bagi kita pelangi.  Kan cantik…colourful lagi.
Yang kedua, adakalanya Allah ambil balik anugerah tu supaya kita sedar dan tahu harganya yang sebenar dalam hidup kita.  Mungkin kita tersalah langkah, kita tak hargai apa yang Allah anugerahkan.  Dia hulurkan pengertian, kita mainkan.  Dia berikan pengorbanan, kita perkecilkan.  Dia janjikan kesetiaan, kita khianati.  Mungkin dia pun tak tahu dan tak sedar kita main endah tak endah aja dengan dia sebab dia sayangkan kita sangat-sangat.  Tapi Allah tahu.  Allah nak kita sedar nilai cintanya dalam hidup kita.  Ala-ala lagu Sudirman, baru kini kutahu nilai cintamu…kini aku mengerti hanya engkau pelita hati….Dan kalau benar inilah sebabnya, ini boleh dijadikan asas untuk memperbetulkan keadaan.
Akhirnya, sebab kita makhluk yang lemah dan kerdil dan terhad pengetahuan; yang terbaik adalah menyerahkan kepada Allah supaya diberikan kesudahan yang paling baik.  Boleh sentiasa berdoa supaya sekiranya dia yang terbaik untuk Along, satukanlah Along dengan dia dalam kebaikan.  Tapi kalau sebaliknya, pisahkanlah Along dan dia dengan cara apa sekalipun.  Kak Long yakin siapapun gadis tu, Along akan dapat yang baik sebab Along budak baik dan semoga kekal baik sampai bila-bila.

Wednesday, February 23, 2011

Siapa Idola Anda?

Sedang saya membaca tentang persoalan motivasi menuntut ilmu ni, saya tersua dengan cerita Qarun dalam Surah al-Qashash.  Serius, menakutkan.  Allah dah cerita dalam ayat 76-82 tentang kesombongan Qarun dan kekufurannya dengan nikmat yang Allah kurniakan; serta bagaimana akhirnya Qarun ditenggelamkan.

Menurut cerita Ibnu Kathir, Qarun telah dinasihatkan oleh orang saleh dari kaumnya, “Janganlah engkau terlalu bangga dengan apa yang engkau miliki.”  Lebih kurang, jangan kerek la dengan harta-harta tu.  Bukan boleh bawak mati pun.  Sebaliknya, mereka berpesan, ” carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia.”    Qarun dinasihatkan supaya menggunakan hartanya yang dianugerahkan Allah kepadanya, yang melimpah ruah sehinggakan kuncinya sahaja terpaksa dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat; untuk mencari keredhaan Allah dengan amal soleh untuk dunia dan akhirat. 

Tapi, jawapan Qarun – ”Sesungguhnya aku diberi harta ini kerana ilmu yang ada padaku.”  Menurut Ibnu Kathir, maksudnya Qarun merasakan Allah memberikan harta kepadanya kerana dia berhak menerimanya dan Allah mencintainya.  Menurut Qatadah pula, maksudnya Qarun confident habis dia dianugerahkan harta sebab kebaikannya.  Hihi...syok sendiri pulak. Tafsir Imam Abdurrahman pulak (dianggap paling indah oleh Ibnu Kathir), Qarun menganggap dia dikurniakan harta sebab Allah meredhainya dan mengetahui tentang kehebatannya.  Allah menempelak Qarun dengan menyatakan seberapa banyak manusia terdahulu yang lebih kuat, yang lebih banyak hartanya; telah pun Allah musnahkan disebabkan kekufuran mereka.  Anugerah harta yang melimpah ruah bukan tanda kasih sayang Allah.

Seterusnya Allah ceritakan reaksi masyarakat apabila Qarun keluar kepada kaumnya dengan segala perhiasan yang indah, kenderaan yang mewah serta pakaian yang megah.  Ala-ala sessi pemimpin bersama rakyat lah kot....pemimpin melawat rakyat jelata.  Allah dah ceritakan ada dua kategori reaksi manusia.  Yang pertama, yang mencintai dunia akan mengatakan, ”Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.”  Qarun jadi idola sebab harta yang melimpah ruah.  Sebaliknya, kata Allah, orang yang berilmu akan mengatakan, ”kecelakaan besarlah bagimu, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali orang-orang yang sabar.”  Ha...masa untuk muhasabah diri.  Siapa idola kita dan kenapa insan tu terpilih menjadi idola kita....keretanya kah? Rumahnya kah? Pakaiannya kah?

Allah ceritakan kesudahan keindahan hidup Qarun dengan harta-hartanya.  Istana Qarun dan Qarun dibenamkan Allah ke dalam tanah.  Kejadian ini menyebabkan orang-orang yang sebelum ini mengimpikan kemewahan hidup sebagaimana Qarun menyatakan, ”Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya ke atas kita, benar-benar Allah membenamkan kita pula.  Benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari nikmat Alah.”  Satu pengakuan keinsafan bahawa harta bukan isyarat keredhaan Allah kepada pemiliknya.  Allah berkuasa untuk menyempitkan dan meluaskan rezeki sesiapa saja yang Dia kehendaki.  Tunduk insaf kaum ini mengakui betapa Allah kasih dan berlemah lembut dengan mereka kerana walaupun mereka bercita-cita untuk menjadi seperti Qarun, tetapi Allah tidak membenamkan mereka seperti Qarun.

Lessons of the Day:
1.            Tidak ada korelasi antara rezeki yang Allah kurniakan dengan kehebatan atau kebolehan seseorang.  Juga tak ada hubungan antara kekayaan yang melimpah ruah dengan kasih sayang Allah kepada seseorang.  Sebaliknya, rezeki hak mutlak Allah Taala – Dia akan memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
2.            Allah Maha Mengetahui.  Allah Maha Bijaksana.  Sifat semulajadi manusia menginginkan apa yang indah dan mewah.  Tengok orang ada apa, kita pun nak jugak.  Jadi Allah bagi petunjuk yang jelas: bersabar lebih baik sebab dengan bersabar Allah akan kurniakan pahala, dan pahala Allah merupakan anugerah dan rahmat Allah yang terbaik.  Kata Ibnu Jarir, sabar kat sini maksudnya sabar daripada mencintai dunia.   Dan Allah kata, ini sifat orang yang Allah anugerahkan ilmu.
3.            Harta anugerah Allah perlu dimanfaatkan sebaiknya, untuk mencari keredhaan Allah, bekal untuk akhirat.  Tapi Allah Maha Pengasih terhadap hambaNya.  Allah pesan juga supaya jangan lupakan kenikmatan dunia.  Optimization principle: harta yang Allah anugerahkan perlu diperuntukkan seoptimum mungkin supaya memaksimumkan kebahagiaan akhirat; juga keindahan hidup di dunia.

Moral of the Story:
1.            Masa untuk mengubah paradigma.  Menuntut ilmu kerana Allah.  Kebolehan, kemahiran, kelulusan bukan penentu rezeki.  Sebahagian daripada usaha untuk memenuhi sunnatullah; tapi rezeki adalah anugerah Allah semata-mata.  Niat belajar mesti kerana Allah, bukan belajar rajin-rajin sebab nak kejar kerja yang gaji tinggi, boleh beli rumah besar, kereta mahal dan emas permata banyak-banyak.
2.            Sifat orang berilmu: Sabar daripada mencintai dunia.  Pahala adalah rahmat Allah yang lebih didambakan berbanding anugerah dunia.  Maknanya ilmu yang ada mengurangkan cinta kepada dunia.  Kena muhasabah diri: emm…ada ilmu ke tak ada ni?  Kalau ada pun, setakat mana?  Duhai diri, setakat manakah agaknya dambaan hidup ini berorentasikan akhirat?  Setakat manakah kekaguman kepada manusia lain berlandaskan kepada kurniaan rahmat Allah dalam amal akhiratnya berbanding anugerah kemewahan dan kehebatan dunia?
3.            Kena manfaatkan apa saja yang Allah kurniakan untuk mencari yang terbaik di kedua-dua dunia, now and hereafter.  Semoga Allah beri petunjuk dan kekuatan kepada diri untuk melakukan amalan soleh sebagaimana mereka yang Allah pilih untuk dikurniakan rahmat jannahNya.  Amin.

Mentelaah Ilmu Ibarat Tasbih.....

Semalam, hubby balik dari rumah kawannya.  Dia ceritakan kawannya pilih untuk hantar putera mereka ke Ma’had Tahfiz sepenuh masa (tingkatan 1).  Untuk PMR dan SPM, nanti  belajar kemudian.  Saya pernah terdengar kes macam ni sebelum ini dan keputusan akademik SPM pelajar sangat cemerlang.  Saya pun sedang mendapatkan maklumat dan panduan tentang sistem pendidikan yang terbaik untuk putera mahkota saya, Muhammad Harriz.  Antara tiga pilihan, sekolah aliran biasa; dwi aliran akademik-dinniyah macam sekarang ataupun tahfiz sahaja dan belajar sendiri untuk PMR dan SPM.  Mana satu alternatif terbaik untuk dunia dan akhirat.  Sebab Allah kata, kena berusaha untuk mencapai kecemerlangan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.  Kena kejar akhirat macam nak mati esok lusa.  Tak boleh abaikan dunia sebab dunia pun alat untuk menempah kedudukan yang baik di akhirat.  Dalam ibadah fardhu, ada fardhu kifayah – sesuatu yang orang Islam kena buat untuk masyarakat.  Kena ada professional Islam mukmin dalam dunia.
Pendidikan untuk dunia pun sebenarnya tidaklah terhad kepada persekolahan formal macam yang  kita fahami hari ni.  Belajar menjahit kat tukang jahit pun satu proses pendidikan.  Belajar masak pun satu proses pendidikan.  Mengikuti tazkirah di masjid pun satu proses menuntut ilmu.  Cuma bukan formal, tak ada pengiktirafan dari aspek tiada pensijilan.  Fikir-fikir balik, zaman sekarang ni nilai sijil dah semakin merosot, macam nilai wang, sedangkan sijil halal tu pun sekarang dah diragui nilainya.   Yang penting, diri menikmati satu proses “nilai tambah”.  Minda atau kemahiran “diupgradekan” atau sentiasa diupdatekan.  Yang lebih penting, update dan upgrade ini diterjemahkan menerusi peningkatan ibadah dan takwa kepada Allah serta kemuliaan akhlak.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.,
“Apabila aku didatangi oleh satu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah, maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu.”
Jadi, ukuran pertambahan ilmu yang dianggap mengupgrade atau mengupdate diri adalah dalam konteks ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah.  Ilmu dunia pun kena belajar dalam cara yang mampu menginsafkan diri kepada keagungan Allah.  Teringat saya minggu lalu, bila mengajar tentang teori permintaan wang.  Saya pun rancak jelaskan bila kadar bunga meningkat, kuantiti diminta wang akan berkurang sebab kos lepas pemegangan wang adalah tinggi.  Tiba-tiba saya teringat, apa yang saya ajar ni?  Saya pun jelaskan, ini teori konvensional, dalam Islam konsep bunga adalah haram.   Baru saya sedar betapa selama ini dunia kewangan beroperasi atas satu landasan yang terang-terangan melawan hukum Allah.
Apapun, saya perlu tentukan ilmu macam mana yang saya nak bekalkan pada anak saya.  Kalau boleh kena usahakan supaya yang diperoleh adalah ilmu yang bermanfaat.  Kena pastikan supaya objektif menuntut ilmu adalah kerana Allah, bukan kerana nak kutip banyak-banyak “A” atas kertas semata-mata.  Mengejar kecemerlangan tak salah, tapi kena pastikan objektifnya betul.  Menuntut ilmu kerana Allah, untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah; vs menuntut ilmu kerana kelulusan, sebagai tiket untuk dapatkan kesenangan duniawi….
Lessons of the day:
1.  Antara tanggungjawab saya sebagai ibu adalah memilih sistem pendidikan yang terbaik untuk putera-puteri tercinta.  Untuk pastikan saya tak tersalah pilih, kena doa banyak-banyak dengan Allah, tempat bergantung supaya saya dan hubby dikurniakan hidayah untuk memilih yang terbaik untuk mereka, jangka pendek dan jangka panjang; dunia dan akhirat.  Kalau dalam ekonomi, sarjana ekonomi Keynes kata, tak payah risaukan jangka panjang sebab dalam jangka panjang, kita semuanya dah mati.  Sebab saya seorang Muslim yang percaya kepada kehidupan selepas mati, maka jangka panjang tu penting untuk saya, malah lebih penting daripada akhirat.
2.  Bila membuat pertimbangan tentang hal ini, saya semakin insaf dengan kelemahan saya.  Sebagai seorang muslim, yang seharusnya mencintai akhirat melebihi kasih kepada dunia, saya masih terfikirkan kalau masuk tahfiz sepenuh masa, PMR dan SPM macamana?  Saya masih fikirkan sijil kertas tuh...
3.  Sebelum buat keputusan, saya perlu semak dengan mereka yang lebih arif dan berpengalaman.  Apa syarat kemasukan ke universiti yang menawarkan program dwi-aliran, professional dan agama.  Supaya saya boleh rancangkan pelan tindakan terbaik untuk putera-puteri saya.  Insya Allah....semoga Allah yang Maha Merancang dan Maha Menentukan memberikan kami yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat.
4.  Err..kalau ditakdirkan kami memilih program tahfiz sepenuh masa, ertinya saya terpaksa merelakan Harriz tinggal di asrama.  Sejujurnya, saya sangat keberatan.  Tapi kalau itu harga yang terpaksa saya bayar untuk sebuah pembentukan minda dan jiwa generasi rabbani,  moga Allah berikan saya kekuatan.


Kata salah seorang sahabat Rasulullah, Muaz, “Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah merupakan tanda  takwa kepadanya, mencarinya merupakan ibadah, mentelaahnya sebagai tasbih, mengkajinya adalah sebagai jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahui merupakan sedekah, menyampaikannya kepada ahli adalah kebaikan.”

Monday, February 21, 2011

Bukan Semua yang Kita Faham, Orang Lain Faham


Hari ini pun macam semalam, bersemangat dan seronok sebab hari Ahad.  Tak payah pergi tempat bekerja. Jadual sebelah pagi agak ketat dengan Ezham dan training bola sepaknya dan beli-belah bulanan barangan dapur.  Plan asal mummy-daddy nak keluar “dating” terpaksa dibatalkan.  Lagipun, Sara kata, Sara jealous la bila mummy keluar dengan daddy dua orang saja….

Hubby luangkan sedikit masa bacakan sifat Rasullulah kepada Harriz dan Ezham.  Termasuk saya sekali.  Bagaimana baginda Rasulullah berbicara.  Daripada buku Keperibadian Rasulullah S.A.W. 

Kata Ummul Mukminin Aisyah R.A., Rasulullah tidak pernah berbicara secara cepat.  Bicara Baginda jelas sehingga orang yang duduk bersama dapat menghafalnya.  Kata Anas ibnu Malik, Rasulullah mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali supaya boleh difahami oleh pendengarnya.    Manakala kata cucunda baginda, Hasan ibnu Ali, Hindun yang pandai menggambarkan sesuatu menyatakan Rasulullah bila berbicara, akan memulakan dan mengakhiri bicaranya dengan nama Allah.  Ucapan Baginda padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang; tidak kasar dan tidak merendahkan.

Sebetulnya semalam, semasa di kedai buku, saya dah pun terbaca keperihalan ini dalam buku Cara Rasulullah S.A.W. Sebagai Guru.  Masa tu terdetik dalam hati, sewajarnya saya membaca buku ini untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik siswa-siswi di Universiti Malaya.  Siapa lagi yang perlu saya jadikan teladan paling baik kalau bukan Rasul Junjungan yang paling baik akhlaknya. 

Lessons of the day:
1.            Tujuan berbicara adalah untuk menyampaikan.  Sudah semestinya bicara mesti mampu difahami oleh yang mendengar.  Untuk pastikan mesej boleh difahami, bicara mesti disusun dengan jelas dan tidak terlalu cepat.  Alamak, saya selalu terima komen pelajar, “Dr cakap cepat sangat, kami tak dapat tangkap.”  Saya pulak takut saya lupa apa yang saya nak cakap kalau saya cakap perlahan-lahan.  Emmm....sebab inilah agaknya kedua-dua kursus yang saya kendalikan dianggap sebagai ”killer courses” di kalangan siswa-siswi Fakulti.  Sudah lah kursus-kursus tu kursus wajib.
2.            Perkara yang tak pernah saya tahu sebelum ni....Rasulullah S.A.W. mengulang bicaranya tiga kali agar pendengar memahami.  Ok, selama ni saya memang tak pernah nak mengulang mana-mana bahagian kuliah.  Kesian siswa-siswi yang mengikuti kursus saya....

Moral of the story:
1.                Kena belajar berbicara dengan lebih perlahan dan teratur khususnya bila menyampaikan kuliah atau mengajar sessi tutorial supaya siswa-siswi mampu memahami dengan lebih baik apa-apa yang disampaikan. 
2.                Sebaiknya bahan kuliah diulang tiga kali supaya pendengar boleh faham.  Kadang-kadang lupa, saya yang mengajar, memanglah saya tahu apa yang saya cakap.  Tapi pelajar-pelajar saya mungkin ada yang tak boleh nak faham dengan sekali cerita saja.  Apa lagi bahagian teori.  Masa mungkin jadi halangan tapi saya boleh be selective. Pilih bahagian yang menjadi masalah kepada siswa-siswi berdasarkan pengalaman sendiri.

Masa buat PhD dulu, saya ingat lagi, ada satu kursus yang sangat sukar.  Pensyarahnya pulak genius, sejujurnya, dia pensyarah yang baik dalam ertikata mendedahkan kami kepada bahan yang benar-benar menguji minda.  Cuma dari segi pengajaran dan penerangan....tak apalah.  Saya simpan saja komen saya.  Cuma, sebab dia seorang genius, dia tak faham kenapa kami tak mampu faham apa yang dia faham.  Yalah pada dia mungkin benda-benda yang dia ajar tu sangat mudah.  Tak payah nak terang apa-apa lagi dah.  Pada kami, segalanya amat susah.  Teringat lagi....bahasa pengantar kursus Mikroekonomi Lanjutan tu, Statistik.  Segalanya menggunakan probabiliti.  Saya fobia dengan Mikro Lanjutan sampai hari ni. Dia selalu kata, ”apa benda yang kamu tak faham ni....saya tak faham apa yang kamu tak faham” bila kami tanya soalan.  Pengalaman tu membuatkan saya insaf, kefahaman manusia berbeza-beza.  Bukan semua yang kita faham, orang pun faham.  Sebab banyak lagi benda yang orang faham tapi kita tak faham. Jadi, kena terangkan sebaik mungkin dengan pendengar/pelajar supaya mereka faham apa yang kita faham.  Pengalaman tu jugak membuat saya janji dengan diri saya, takkan gunakan ayat yang sama kepada pelajar yang bertanya, bila saya balik mengajar nanti.  

Saturday, February 19, 2011

Menuntut Ilmu...Apa Motivasi?


Mode hari ni: happy a.k.a seronok a.k.a. excited a.k.a. teruja.  Setelah beberapa lama survey dan menyusun budget, alhamdulillah, hari ni Allah anugerahkan buku-buku yang dicari dan diimpikan selama ni.  Semoga saya dan hubby diberi kekuatan dan peluang untuk menelaah buku-buku tu sebagai rujukan dan bahan bacaan, dan semoga menjadi sumber ilmu yang bermanfaat dan seterusnya mendasari amalan.  Amin.

Menyentuh tentang ilmu bermanfaat, teringat saya sewaktu saya menyelak-nyelak helaian majalah Solusi.  Satu bicara tentang fenomena hari ini, proses menuntut ilmu bukan lagi berpaksikan kepada orentasi yang selari dengan lunas-lunas Islam.  Menuntut ilmu kini hanyalah satu usaha untuk mendapatkan sijil atau ijazah atau pengiktirafan manusia semata-mata.  Apabila objektifnya sekadar pengiktirafan di atas kertas, hasil dan kesannya pun terhad di atas kertas.  Impak ke atas keindahan sahsiah dan budi pekerti serta kesempurnaan akal budi, terhad sekali.  Ya tak ya jugak, saya pun macam tu.  Belajar sebab nak masuk universiti, nak kerja......sejujurnya, saya tak pernah pun ada niat belajar sebab ini tuntutan Allah, suruhan Rasulullah.  Walaupun arwah ayah selalu pesan, buat apapun kena niat kerana Allah.  Pergi sekolah kena niat kerana Allah, tapi tak pernah saya jadikan amalan.

Tak apalah, better late than never.  Saya selalu marah dengan kewujudan pepatah Inggeris ni sebab saya rasa inilah pegangan mahasiswa sekarang, yang kebanyakannya tak peduli tentang ketepatan masa.  Saya taklah borong semua, tapi masuk lewat ke kuliah tutorial, kadang-kadang sampai 30 minit lewat dah jadi perkara biasa pada sesetengah siswa.  Mungkin inilah akibat bila menuntut ilmu tanpa niat yang betul.

Berbalik kepada cerita ilmu bermanfaat, saya temui definisinya dalam buku Hidayatus Salikin, yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayah al-Hidayah,

”Dan ilmu yang memberi manfaat itu adalah yang menambahkan takut kepada Allah, menambah keinsafan terhadap kekurangan diri, meningkatkan ibadah kepada Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, mengurangkan cinta kepada dunia, menambahkan cinta kepada akhirat, membuka mata hati terhadap amalan yang membinasakan sehingga menyebabkan kita berusaha memelihara diri daripadanya; serta menyedarkan terhadap tipu daya dan gangguan syaitan.”

Ohh....setakat manalah ilmu yang dah saya pelajari menepati definisi ini?  Tapi tak apalah, daripada membuang masa dan tenaga menghitung yang dah berlaku, dan saya pun tak boleh mengubahnya; lebih baik saya cuba untuk menggunakan hari-hari mendatang untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat.  Semoga Allah berikan ruang waktu, peluang dan kekuatan. 

Lessons of the day:
1.                  Ilmu yang perlu dicari sebenarnya adalah ilmu yang bermanfaat.  Tak kisahlah ilmu dunia seperti ilmu sains, ekonomi atau astronomi.  Atau ilmu akhirat seperti tasawuf, fekah dan tauhid.  Rasulullah pun ada kata, kalau nak dunia, cari ilmu.  Nak akhirat pun cari ilmu.  Kalau nak kedua-duanya pun carilah ilmu.  Tapi yang paling penting, ilmu yang diperoleh mesti boleh meningkatkan ketakwaan kepada Allah, menjadikan diri lebih ”humble”, ala-ala padi yang semakin berisi semakin tunduk.
2.                  Ilmu yang dituntut sepatutnya menjadikan insan lebih mencintai akhirat dan kurang mengejar dunia.  Ohh...kalau dah objektif belajar pun dah supaya dapat kerja besar, gaji tinggi; macamana ya?  Aduhai......betapa jauhnya penyimpangan daripada landasan yang Allah gariskan.
3.                  Manfaatnya ilmu terletak pada keupayaan mengenali amalan yang keji dengan mata hati dan seterusnya wujud kekuatan untuk menahan diri daripada melakukan amalan tersebut.  Pesanan untuk diri, macam rasuah.  Kalau  memiliki ilmu yang bermanfaat, mesti sedar rasuah tu membinasakan.. Allah pun terangan-terangan larang.  Jadi, mesti menahan diri untuk elakkan rasuah, baik memberi atau diberi.  Kalau boleh keluarkan pernyataan rasuah perkara biasa tu....apa cerita?

Bila berbicara tentang niat menuntut ilmu ni, teringat pada satu cerita rakan sekerja.  Dia berbincang dengan seorang siswa yang menghadapi masalah dalam pengajiannya.  Jawab siswa bila ditanya kenapa, “saya tak ada motivasi nak belajar lagi kat universiti ni.  Dulu kat sekolah, saya belajar sebab nak masuk universiti.  Dah masuk universiti, dah tak tahu untuk apa nak belajar lagi........”

Friday, February 18, 2011

Allah Kasih, Manusia Pun Sayang….



Pengisian majlis usrah di fakulti hari ni…sambil menikmati Brownies yang dibawa oleh rakan sekerja. Perkongsian hadis ke 31, daripada hadis 40.  Rasulullah S.A.W. pernah ditanya amalan yang akan menimbulkan kasih Allah dan kasih manusia.  2 in 1.  Melengkapi kedua-dua tunjang agama, hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.  Rahsianya?  Zahid pada dunia.
Takrifnya?  Bersifat zuhud ertinya sentiasa meyakini apa yang dimiliki tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya segalanya adalah rahmat dan kurniaan Allah semata-mata.  Kehadiran keyakinan itu terbukti bila manusia tidak mencari keredhaan manusia dengan tergamak melalui kemurkaan Allah.  Juga bila kita tidak memuji atau mencela orang yang dilebihkan rezekinya sebab yakin rezeki tu hak Allah.  Zuhud juga ertinya lebih gembira dengan musibah berbanding dengan keseronokan menerima anugerah sebab yakin dengan ganjaran yang Allah janjikan di sebalik musibah.  Jadi, segala musibah jadi indah dan mudah.  Macam kisah seorang ibu di zaman Rasulullah S.A.W. yang tiga puteranya syahid di medan perang.  Menangis wanita itu dengan kematian anaknya yang ketiga, sedang yang dua terdahulu, berita syahidnya anakanda disambut dengan senyuman. Bukan sebab itu merupakan putera yang paling disayangi tetapi sebab tiada lagi putera yang boleh dihantar berjuang di medan perang untuk menegakkan panji-panji Islam.  Tingginya martabat wanita ni, yang ditangisi bukan kematian anakanda tercinta;  tapi ketiadaan peluang jihad lagi, sebab yang dicari adalah redha dan kasih Ilahi.  Satu lagi alamat zahid adalah neutral bila dipuji atau dikritik.  Apabila amal berasaskan kepada hukum Allah dan tulus untuk Ilahi Rabbi, pujian atau kritikan tak perlu dipeduli. 
Dari segi pemilikan harta pula, kata Imam al-Ghazali, zahid bukan beerti tak berharta.  Tapi apabila harta yang dimilki tidak menjadi sumber kebimbangan kita.  Kalau harta hilang pun redha, berkurang pun tak apa.  Imam Ahmad jelaskan, isyarat zahid adalah mereka yang tak gembira bila harta bertambah dan tak berduka apabila harta berkurang.  Macam kalau kerajaan bentang belanjawan, dapat bonus ker  tak dapat bonus ker, tak bising.  Bila ada sifat-sifat zahid macam ni, cintakan akhirat lebih dari dunia, tentulah Allah kasih.  Aduhai….bilalah nak boleh jadi macam ni?  Apalah steps and strategies yang nak disusun untuk mendidik diri ke arah kedudukan ini?
Zahid yang menyebabkan manusia kasih pula adalah bila tidak menginginkan harta material atau kuasa yang ada pada manusia lain.  Jadi, terpeliharalah diri daripada meminta dan mengharap dari orang lain.  Orang yang  tidak meminta dan bergantung kepada orang lain, tentu akan dimuliakan dan dikasihi sesama manusia.  
Lessons of the Day:
1.        Luasnya takrif zahid a.k.a. zuhud ni.  Selama ini ingatkan setakat dengan harta sahaja.  Sebab tu Allah suruh menuntut ilmu sentiasa.  Amalan hati dan jiwa: akui kebesaran Allah, gembira dengan musibah dan ikhlas dalam perlakuan.  Penzahirannya: redha mengharungi kesusahan, segala amalan tidak mengharap pujian dan tidak takut kepada celaan.
2.       Termasuk dalam zuhud adalah tidak meminta-minta dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Moral of the Story:
1.       Betullah, dunia adalah penjara untuk orang yang beriman.  Sukarnya nak memenuhi kriteria  untuk mendapat kasih Allah dan kasih manusia.  Gembira menerima musibah, ikhlas dalam perlakuan dalam erti kata “indifferent” terhadap pujian atau celaan.  Pesanan untuk diri yang lemah, ini pesan Rasulullah, susah memang susah.  Tapi kena berazam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.  Allah janji dalam Surah al-Ankabut, ayat terakhir.  Kalau ada kesungguhan untuk memperbaiki diri dan amalan, Allah akan pimpin dan bantu…..
2.       Kena didik diri untuk merasa cukup dengan apa yang ada.  Barulah tak akan asyik teringin apa yang orang lain ada dan boleh memelihara diri dari meminta-minta. 
3.       Kena didik diri meyakini cukuplah  Allah sebagai tempat bergantung.  Nampak macam mudah, tapi dari segi penzahirannya hanya terbukti bila tak takut untuk melakukan sesuatu yang benar walaupun akan dicela.  Misalnya, kalau pergi conference atau jumpa orang yang tak fasih dengan hukum Islam,  tak boleh sambut huluran salam lelaki.  Tak kisahlah dia orang tu Professor ke, Tan Sri ker, sebab Allah kata tak boleh.  Nak kena kritik pun kritik la…Allah ada.

Thursday, February 17, 2011

Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam


Habis kuliah, saya dapat sms daripada bakal “maid”.  Dia sekarang kerja dengan majikan bukan Muslim.  Dia mintak nak kerja dengan saya bila tamat kontrak Mac nanti.  Tanpa fikir panjang, saya pun setuju sebab Bibik sekarang  dah tua, 58 tahun. Tapi dah beberapa bulan Bibik kerja di rumah saya, rasa macam kesian pulak nak berhentikan Bibik.  Masakannya sedap, suruh apa pun buat, jaga anak saya pun ok.  Yang penting, dia jaga solat.  Of course lah tak perfect, ada benda yang kena tutup sebelah mata.  Adatlah tu…kalau maid muda pun bukan sempurna.  Dah berapa lama saya susah hati.  Februari dah nak habis.  Apa saya nak buat?   Alhamdulillah, tadi bakal maid  sms, suami dia tak benarkan kerja lagi.  Allah mudahkan segalanya. Apapun, lain kali, sebelum buat keputusan, kena fikir dulu masak-masak.  Dulu masa nak ambik maid baru, doa nak maid yang jaga solat, tak melawan dan boleh jaga anak-anak dengan baik.  Dan Allah dah bagi yang macam tu.  Cuma usia agak lanjut.  Belum sempat pun Bibik tu nak tunjukkan dia boleh penuhi KPI ke tak, boleh pulak pergi janji nak ambil maid lain.  Bak kata datuk nenek, baru dengar guruh di langit, air tempayan dah nak dicurahkan…(nasib baik tak curahkan lagi…)
Take 5 sekejap selepas kuliah, saya teruskan membaca 3 ayat daripada tafsir Quran.  Saya tersua dengan ayat,
"Dan sesungguhnya orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Ankabut:69).
Betapa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih.  Allah janjikan pertolongan untuk mereka yang berusaha untuk menunaikan perintahNya, yang berusaha untuk hidup mengikut landasan yang Allah tetapkan.  Allah juga sediakan pertolongan kepada mereka yang berusaha untuk memperbaiki (upgrade) amalan-amalannya.

Lessons of the Day:
1.      Segala puji untuk Allah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana.  Allah jadikan insan dengan kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza.  Namun, kriteria mendapatkan bimbingan Allah sangat adil dan boleh dicapai oleh semua – bersungguh-sungguh berusaha mempertingkatkan amalan.  Contohnya, yang belum tahu membaca, belajar membaca.  Yang dah tahu membaca, banyakkan lagi pembacaan.
2.      Titik mula tak penting, yang lebih penting berusaha bersungguh-sungguh untuk sentiasa memperbaiki amalan ke arah yang terbaik, selari dengan apa yang Allah perintahkan.  Macam sifat Nabi Yusuf A.S yang muhsinin – sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan amalan Baginda.  Objektif  mutakhir adalah mencapai pengakhiran yang lebih baik daripada permulaan. 
3.      Pentingnya kesungguhan dalam amalan seharian.  Allah gariskan syarat ”berusaha bersungguh-sungguh” sebagai kelayakan untuk menerima pertolonganNya ke jalan yang diredhai.  Tak boleh main ambil mudah, setakat buat sahaja.  Orang putih kata the difference between good and excellent is a little bit of extra effort.  Sebab bila ada extra effort baru nampak kesungguhan, baru ada bantuan Allah, barulah cemerlang.  Kena usaha lebih sikit dalam semua amalan, dari sekecil-kecilnya sampai yang sebesar-besarnya.  Kena cemerlangkan dulu yang nampak remeh dan rutin, baru boleh cemerlang dalam yang lebih hebat dan istimewa.

Moral of the Story:
1.        Ingatan untuk diri, kena sentiasa memperbaiki amalan baik ibadah mutlak untuk Allah seperti solat, puasa, membaca al-quran, mahupun hubungan sesama manusia seperti kesanggupan menghulurkan bantuan bila diminta dan kemampuan membalas kebaikan dengan kejahatan.
2.        Pesanan untuk diri sendiri, buat apa pun, kena bersungguh-sungguh; khususnya dalam memenuhi perintah Allah.  Contoh terbaik, kalau solat, kena usahakan supaya lengkap dengan khusyuknya.  Alamak, takutnya.  Teringat pada hadis Rasulullah S.A.W. bagaimana banyaknya umat yang solat tetapi mendapat penat sahaja dan puasa tetapi hanya mendapat letih dan dahaga semata-mata.  Moga Allah beri kekuatan untuk melakukan segala amalan dengan kesungguhan.

Suatu waktu dulu, saya suka nyanyikan bait-bait nasyid kumpulan The Zikr, kalau tak salah,
”umat Islam mesti cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam...”

Wednesday, February 16, 2011

Sejenak Bersama Ustaz Ismail Kamus


Semalam, hari cuti umum.  Sempena memperingati hari keputeraan Rasul Junjungan.  Penuh wall FB dengan ucapan Salam Mualidur Rasul.  Yang lebih penting bagi saya, sayangkan Rasulullah, ingatan kepada Rasulullah S.A.W. bukan acara tahunan.  Bukan kepada kesanggupan meraikan birthday setahun sekali dengan majlis yang gah, bukan juga kepada kerelaan berarak.  Sayangkan Rasulullah, cintakan Rasulullah adalah dengan menjadikan ucapan salam kepadanya amalan harian, macam bertanya khabar kepada buah hati hari-hari.  Warisannya: sunnah, hadis dan al-quran dipelihara dan ditegakkan dengan dijadikan panduan kehidupan dalam segala aspek kehidupan, pengurusan diri, rumahtangga, ekonomi, sosial dan politik.  Bukan menghadkan kepada ibadah khusus solat dan puasa.  Semoga diri diberi kekuatan. 
Pada waktu paginya, saya  teman hubby menziarahi Ustaz Ismail Kamus di hospital.  Hubby saya diehard fan Ustaz Ismail Kamus.  Ustaz nampak lemah.  Tapi, beliau tenang.  Tak merungut, tak mengeluh.  Hubby tanya, macamana ustaz?  Ustaz kata, dah ok.  Doktor kata BP – 130.  Hubby tanya, selalu BP ustaz berapa?  Kata ustaz, 180.  Apapun, didoakan semoga ustaz diberikan kesembuhan segera.  Boleh kembali berceramah dan berkuliah seperti biasa.  Amin.
Bila ziarah ustaz, teringat beberapa episod dalam kuliah ustaz.  Di Kelana Jaya.  Satu darinya yang saya ingat sangat adalah pesan ustaz, “orang perempuan, kalau suami nak pergi masjid, jangan dihalang.  Jangan kata, tak payah la Bang.”  Hubby gelak besar.  Masa tu tajuk ceramah adab ke masjid.  Ustaz ceritakan besarnya tanggungjawab untuk orang lelaki berjemaah di masjid.  Rasulullah pernah nak bakar rumah orang yang tak berjemaah di masjid.  Macam tahu-tahu aja ustaz ni.  Kena sebijik atas kepala saya.  Kadang-kadang, saya kacau hubby bila dia nak ke masjid.  Saya cakap, “ala, kan semalam dah pergi.  Hari ni solat la kat rumah”.  Tapi itu dulu la..sebelum ditegur ustaz.  Sekarang dah insaf.  Taubat.  Terima kasih ustaz.
Satu lagi yang saya dapat dari kuliah ustaz ialah perbendaharaan syurga.  Kata Ustaz, kena perbanyakkan membaca perbendaharaan syurga.  “Lahaulawala……”, yang ertinya tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah.  Satu pengakuan dan penzahiran bahawa segala yang berlaku atau dapat dilakukan adalah semata-mata dengan izin dan kuasa Allah Taala.  Suatu pengiktirafan dan pengakuan kepada kekuasaan Allah atas segala sesuatu.
Ustaz juga pernah cerita tentang indahnya cara para Nabi dan anbiya menangani masalah.  Usaha sebaik mungkin, kemudian serahkan kepada Allah.  Penuh keyakinan terhadap bantuan dan penyelesaian Allah.  Ustaz berikan contoh Nabi Musa A.S. sewaktu dikejar Firaun.  Bukan Nabi Musa duduk menyerah dan menunggu bantuan Allah semata-mata.  Nabi Allah Musa cuba melarikan diri daripada Firaun durjana.  Tapi lari punya lari, sampai kat tepi laut.  Dah tak ada tempat nak pergi.  Serahkan kepada Allah….ting, laut membuka jalan untuk dilalui oleh Nabi Allah Musa dan pengikutnya.  Subhana Allah.  Laut pun kan milik Allah.  Laut pun sujud dan patuh dengan perintah Allah.  Lebih kurang, do your best, let Allah do the rest.  Semoga kisah para rasul dan anbiya ini mampu menjadi iktibar untuk diri dalam melayari kehidupan ini.

Monday, February 14, 2011

Sketsa Hari Lahir Untuk Rasul Junjungan

Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W. dan keluarga baginda.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran baginda Rasullah S.A.W.  Kekasih Allah.  Manusia agung berperibadi mulia.  Manusia yang paling baik akhlaknya.  Maulidur Rasul ni ala-ala birthday kata orang zaman sekarang.  Untuk mengenang detik bersejarah lahirnya seorang manusia mulia ke atas muka bumi Allah ini.

Sekadar satu ”recap” tentang siapa insan agung ini, untuk ingatan diri dan putera-puteri tercinta.  Sebab saya yakin, tak kenal maka tak cinta.  Saya cuma manusia biasa yang kerdil lagi hina.  Saya perlukan pengetahuan demi pengetahuan untuk menambahkan rasa cinta saya pada Baginda.  Lagipun, teringat saya pada sabda Baginda kepada Saidina Umar, tak boleh masuk syurga selagi tak mencintai kekasih Allah melebihi kasih terhadap diri sendiri.  Apalagi cara terbaik untuk saya menimbulkan rasa cinta di hati ini dan di kalbu putera-puteri saya terhadap baginda selain menerusi pengetahuan tentang keindahan akhlak, ketulusan ibadah, kekuatan pengorbanan dan kesabaran dalam menegakkan Islam tercinta serta keagungan kasih sayang baginda Rasul sendiri terhadap umatnya, termasuk saya, biarpun tak pernah berjumpa.  Mana ada insan lain di dunia yang setanding dengan insan hebat ini dari segi kasih sayang terhadap umatnya?

Semesta alam menjadi saksi
12 Rabiulawal di subuh sunyi
Lahirnya putera kekasih Ilahi
Muhammad bin Abdullah nama diberi.

            Sirah nabawiyyah menjadi saksi
            Tulusnya pengorbanan seorang nabi
            Menyebar wahyu dari Ilahi
            Hebatnya dugaan tidak dipeduli.

Sungguh Rasullulah insan terpuji
Tulus ibadahnya jelas terbukti
Ditanya sahabat apa motivasi
Tekun beribadah hingga bengkaknya kaki
Sedang Jannatul Firdaus janji Allah yang pasti
Jelas Rasul, nikmat Allah Baginda syukuri.
           
Selayaknyalah Baginda kekasih Ilahi
Cintanya tanpa syarat pada Ilahi Rabbi
Walau tempat di syurga telah dijanji
Tulus ibadah tidak terkecuali
Kerdil dan hina rasanya diri
Syurga Ilahi entah mampu dikecapi
Pun masih memilih hidup sesuka hati.... 

Tulus kasihnya kepada umat
Tiada tandingan tiada sempadan
Sungguh Baginda cahaya dan rahmat
Sabar menyeru kepada kebenaran.

            Allah perintahkan jadual solat
            Sehari semalam 50 waktu
            Nasihat Musa, Muhammad taat
Sesungguhnya nanti umatnya tak mampu
Demi kasihnya kepada umat
            Kepada Allah, Baginda pohonkan
            Agar diringankan perintah solat
            Lima waktu akhirnya ditetapkan.

Kisah di Thaif menjadi bukti
Keagungan jiwa kemuliaan pekerti
Biar dihina, dicaci malah dilukai
Pelawaan Jibril menimpakan bala tidak diingini
Malah doa Baginda iringi
Agar penduduk Thaif kemudiannya dirahmati.

            Insafnya diri menyoroti kisah
            Bagaimana susahnya hati Rasulullah
            Mengingatkan sakaratul maut yang amat payah
            Sanggup Baginda menawarkan diri
            Biar sakaratul maut sekelian umat Baginda rasai
            Asal mudah sakaratul maut untuk umatnya lalui

Agungnya kasih Rasullulah tumpahkan
Kepada umatnya tiada tandingan
Sehingga saat maut menjemput
Umatku, umatku, Rasululah menyebut
Suatu bukti kasih terulung
Kepada umat, tiada penghujung.

            Kasihnya Allah pada Muhammad
            Atas prihatin Baginda kepada umat
            Dianugerahkan Baginda dengan syafaat
Meringankan bebanan umat kelak di akhirat.
           
Syafaat Rasululah yang Allah janjikan
Pelbagai bentuk pelbagai tingkatan
Antaranya serban beratkan timbangan kebajikan
Melalui titian sirat dihulurkan bantuan.


            Kepada diri satu pesanan
            Cintai Rasulullah satu keperluan
            Selawat atas Baginda jadikan amalan
            Sunnah Rasulullah cuba amalkan
Sabda Baginda jadikan panduan
Bukti kasih tiada tandingan.
           
           
Dalam satu kuliah ustaz analogikan
            Selawat atas Rasulullah ala-ala e-mail dalam konteks sezaman
            Tanda cinta, tanda rindu, tanda ingatan
            Mengharapkan di akhirat wujudnya pertemuan
            Dengan Baginda Rasul Junjungan
Dan semoga kita akan disyafaatkan.

Betapa bertuah dipilih Ilahi
            Menjadi umat kekasihNya ini
            Syafaat di akhirat, suatu janji
            Semoga terpilih untuk dirahmati.

Betapa agung kasihnya Nabi
Betapa umatnya Rasulullah cintai,
Kaum dan bangsa tidak dibatasi
Malah melangkaui beribu generasi
Semoga diri mampu menginsafi